Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 9 May 2012

Pendedahan Kemungkaran Pengerusi Portfolio Agama Islam Selangor - ADUN PAS Bersubahat


Khalid Ibrahim, selain dari menjawat jawatan sebagai MB Selangor, beliau juga adalah Pengerusi Portfolio Hal-Ehwal Islam.

Sebab beliau tiada latarbelakang dalam hal-ehwal agama, maka beliau dengan sukahati menipu rakyat.

Semalam, portal Selangorku melaporkan bahawa Seksyen 5, Shah Alam akan dibangunkan dengan applikasi pembangunan Makkah.

Tanpa segan silu, Khalid Ibrahim telah mempergunakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menganjurkan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam Seksyen 5, Shah Alam yang dihadiri oleh 80 orang peserta termasuk ADUN PAS Bangi merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) Dr Shafie Abu Bakar.

Bagi memperkuatkan hujah keperluan Bandaraya Islam ini, Dr Ismawi Zen (dari UIA) telah dijemput untuk membentang kertas kerja bertajuk "Perancangan dan Pembangunan Makkah Al-Mukarramah".

Oleh kerana terlalu terpesona dan teruja dengan slogan "Bandaraya Islam", maka rata-rata peserta bengkel termasuk ADUN PAS Bangi pun jadi 'lentok' dengan permainan Khalid. Apatah lagi, lokasi Seksyen 5, Shah Alam tidak begitu familiar oleh kebanyakan peserta.

Perhatikan lokasi Seksyen 5 di atas yang dipetik Google Map. Kawasan ini tiada penghuni, kecuali Kompleks Pejabat Kerajaan, Kompleks Mahkamah, Kompleks MAIS dan JAIS disamping tanah perkuburan diraja.

Hakikatnya, Seksyen 5 adalah kawasan hijau dan tanpa penghuni. Bukan itu sahaja, inilah sahaja zon penampan di tengah-tengah bandaraya Shah Alam.

Khalid cekap mengambil mengambil kesempatan. Dengan mempergunakan Islam, semua orang terpesona. Khalid ternyata kurang ajar bila menjual nama Makkah dan pada masa yang sama menodai kehijauan yang telah wujud sekian lama di ibu negeri tersebut.

Biarlah ADUN PAS Bangi yang tertipu, tetapi jangan sekali kita sebagai rakyat turut tertipu dengan helah pengerusi portfolio agama yang jahil itu.

No comments:

Post a Comment