Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 6 April 2013

Serang !!!!! Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own


Hari ini cukup bersejarah bagi Angkatan Tentera Malaysia. Seluruh Angkatan Tentera Malaysia yang berada di Lumut menghadiri program khas iaitu Hari Terbuka Tentera Malaysia.

Pelbagai aksi dapat disaksikan. Ianya hanya ada pada tentera, tidak pada orang awam. MAKNANYA, janganlah nak mempertikaikan kehebatan pahlawan-pahlawan negara ini. 

Ditengah-tengah berbaju biru adalah penerjun payung terjun. Beliau telah membuat terjunan melebihi 1000 kali.

Anda lihat gambar di atas adalah PASKAL wanita dari TLDM. Memang hebat. Mulanya disangka lelaki, rupanya wanita.

 Turut hadir dalam program ini ialah YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri ,Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia dan YB Dato' Seri Kong Choo Ha.  Dalam ucapan YAB, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh Angkatan Tentera Malaysia kerana mempertahankan negara di Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di Pangkalan TLDM Lumut. Beliau menyatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan Kejadian di Lahad Datu adalah konspirasi kerajaan. Beliau menyatakan tentera adalah barisan hadapan mempertahankan negara. Beliau amat menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia demi mempertahankan ibu pertiwi.

Dalam masa yang sama Tabung Perwira Lahad Datu dilancarkan untuk membantu keluarga mangsa perwira Lahad Datu yang gugur di medan perang dan mangsa yang tercedera.

Black Panther

No comments:

Post a Comment