Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 29 May 2013

AKHIRNYA HISHAMUDDIN RAIS DITANGKAP TAPI MACAM BIASA, DIA TAKKAN MENGAKU SALAH!!!

Si bacul bernama Hishamuddin Rais, memang hebat menghasut. Kalau depan budak-budak, dialah hero, dialah yang paling terutama, dialah yang paling hebat dan dialah yang mampu mengubah dunia. Tapi bila tiba harinya, dialah yang paling awal lari. Dialah yang paling susah nak tengok muka dan dialah yang paling awal menggeletar, menyorok dan kemudian MENGAKU TIDAK BERSALAH.

Hari ini, Hishamuddin Rais telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei lalu. Video di atas adalah buktinya.

Dalam pertuduhannya, Hishamuddin Rais didakwa berbuat demikian dengan menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini agar mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang dengan cara yang tidak sah.

Bagaimanapun, Hishamuddin Rais yang beria-ia dan bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan, tidak berani mengaku bersalah. Sebaliknya dia meminta dibicarakan.

Hishamuddin didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika berceramah di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang beralamat di No.1, Jalan Maharajalela antara jam 8:55 malam dan 11:15 malam pada 13 Mei lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948. Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, boleh membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Si bacul tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai 2013.

Panjang pulak masa yang diperuntukkan untuk KES KECIL yang dendanya boleh dibayar dari kocek baju saja itu!!!

Untuk tonton video : http://bit.ly/19lbSBc


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment