Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 19 May 2013

ANAK SETAN KENA TAHAN DALAM LOKAP, KAWAN-KAWAN SETANNYA KEPUNG BALAI DENGAN NYALAAN LILIN!!!

Perihal anak setan yang bernama Adam Adli telah ditangkap dan ditahan untuk siasatan di Balai Polis Jinjang, telah pun mendapat liputan yang meluas. Kalau kita rajin jenguk Facebook, kita akan dapat melihat kawan-kawan setannya sedang meroyan sakan.

Namun anehnya, tidak ada pula sekor pun RED BEAN ARMY yang mahu memperkatakan tentang Adam Adli. Barangkali mereka menganggap Adam Adli tidak begitu penting dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali untuk politik DAP atau boleh jadi juga, mereka memang tak ambik port dengan anak setan bernama Adam Adli. Lainlah kalau namanya Chong Beng ke, David Ah Meng ke... barulah RED BEAN ARMY akan masuk buat huru-hara dengan hujah yang entah apa-apa dan lebih banyak tak kena dengan tajuk.

Bila kena tangkap, anak setan itu segera hantar TWITTER kepada kawan-kawan setannya yang lain dengan harapan, mereka akan datang dan mengepung Balai Polis Jinjang bagi tujuan memberikan tekanan kepada pihak polis dan membebaskan Adam Adli.

Maka datanglah kawan-kawan anak setan itu ke pekarangan Balai Polis Jinjang sambil membawa sepanduk termasuklah yang berbunyi, WOI BANGSAT, BEBASKAN ADAM ADLI!

Tak cukup dengan itu siap disuruh datang bawa lilin dan dinyalakan lilin tersebut sebagai simbol 'keamanan' kononnya.

Kesiannya untuk anak-anak setan itu... tak nampak pun sebarang mata sepet yang begitu ramai datang ke himpunan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional tetapi tidak ada seekor pun yang datang untuk memberikan simpati kepada anak setan bernama ADAM ADLI.

Yang ada hanyalah kawan-kawan anak setan yang masuk universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain atas nama Melayu dan Bumiputera!!!

Kesian sungguh!!!

Sumber : http://bit.ly/15Xp4gO


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment