Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 11 May 2013

MAT SABU MENGAKU FOBIA DENGAN ORANG SIAM..???

Sekadar Hiasan
Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai. "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," katanya.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Pas tersebut yakin stategi jahat digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini. Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. ~harakahdaily

sumber

No comments:

Post a Comment