Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 18 February 2014

@Anwaribrahim Hendak Kembangkan Syiar Islam Di Kajang !!!!!


       anwar-salib

Tajuk berita ini mungkin melucukan, tidak profesional dan kebudak-budakkan. Namun itulah respon yang tepat kepada kenyataan Anwar di Permatang Pauh semalam.
Calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan mengimarah masjid antara agenda beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu pada 23 Mac depan.
Menurut Malaysiakini.com, Ketua Umum PKR itu berkata demikian dalam ucapan ketika sesi “Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim” di kediaman ADUN Penanti, Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang petang ini.
anwar-syiarislam

“Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam,” katanya.
Katanya, tindakan itu jelas kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Beliau berkata demikian juga sebagai respon terhadap beberapa kritikan yang diterima selepas menyampaikan ceramah di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang semalam.
Antara kritikan terhadap adalah dalam akaun facebook pro-Umno yang meletakkan gambar beliau berdekatan dengan salib.
Apakah selama ini syiar Islam tidak berkembang di Kajang? Apakah Pas Hulu Langat di sebalik pemerintahan mereka selama lebih 5 tahun gagal berbuat apa-apa mengembangkan syiar Islam?
Lebih melucukan, bagaimana Anwar Ibrahim yang terpalit dengan tuduhan jenayah seksual liwat, enggan mengadakan sumpah Muhabalah dengan mangsanya boleh membantu mengembangkang syiar Islam?
Sejak pengumuman pilihan raya kecil DUN Kajang ini, Anwar Ibrahim sentiasa memberi jawapan yang berbeza mengapa beliau mahu bertanding. Daripada untuk membantu Khalid Ibrahim, kepada menggantikan Khalid Ibrahim sehinggalah kepada kononnya langkah awal menawan Putrajaya.
Dua hari lepas dalam gereja beliau menyatakan untuk meleraikan isu keagamaan.

SUMBER

No comments:

Post a Comment