Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 21 March 2014

#PRKKajang : #TolakWAWI MRS PUPPET #PilihMeiFun @ChewMeiFun


RAMAI PERCAYA dan yang mengenali Dr. Wan Azizah akan bersetuju bahawa beliau tidak cukup berwibawa sebagai pemimpin politik.
BELIAU DIGUNAKAN sejak dahulu untuk meraih simpati dan sebagai proksi aura peribadi suaminya. Imej luaran Dr. Wan Azizah dan ahli keluarganya digunakan semaksimum untuk menyelamatkan imej peribadi sisuami yang dilanda skandal demi skandal.



PROPAGANDA bahawa jikalau isteri dan keluarganya tetap teguh bersamanya, itu tanda yang beliau tidak bersalah. Mungkin kerana sudah terlalu lama dan terbiasa berada dalam dominasi Anwar, Dr. Wan Azizah dan keluarga tidak nampak adanya pilihan selain menurut sahaja. Betul atau salah bukan lagi asas pertimbangan; malah sanggup menggadaikan nasib agama, bangsa dan negara.
SANDIWARA POLITIK Anwar yang sudah terlalu meleret dan banyak mengharu-birukan negara. Demi agenda peribadi beliau, pelbagai prinsip dan tonggak negara bangsa dimanipulasi dan dirombak demi memainkan sentimen dan emosi masyarakat. RAMAI YANG begitu gemar menari mengikut irama yang beliau mainkan kerana terpedaya oleh sihir beliau atau terdorong oleh nafsu perkauman, agama dan kelompok yang beliau suburkan. ANU WAR & POLITIK BELIAU menjadi pe­ngacau kita daripada memberi tumpuan terhadap kerja-kerja besar. Wajarlah beliau direhatkan agar kita pun dapat bertenang dan membuka lembaran baru politik negara yang lebih segar dan membina.

PILIHAN DI TANGAN pengundi Kajang. Mereka yang mengundi; mereka dan kita juga yang menerima akibatnya...

SELAMAT MENGUNDI 

No comments:

Post a Comment