Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 15 September 2014

#PengkalanKubor : Ceramah PAS Semakin Panas !!! 4 angka yang Hadir !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR


Malam kelmarin semasa ceramah kelompok yang dianjurkan oleh Rumah PAS Kawasan Tanah Merah yang dihadiri begitu ramai ahli PAS Kawasan Pengkalan Kubor iaitu kira-kira 0050 orang.

Mat Sabu dalam ucapannya, beliau menuduh SPR tidak telus dengan menjalankan Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 haribulan September 2014 ini adalah tidak adil kerana ianya adalah hari Muktamar PAS. Adakah semua pengundi dari PAS di Pengkalan Kubor ini menghadiri Muktamar PAS ? Kalau sama pun apa salahnya. Selepas mengundi, pergilah ke Muktamar PAS tersebut. Apa salahnya. Nampak sangatlah ketakutan di raut wajah Mat Sabu.

Pagi tadi Black berjumpa dengan beberapa penduduk dan juga pengundi di DUN Pengkalan Kubor ini. "Apa salahnya mengundi di Hari Khamis, saya bukan menjadi perwakilan di Muktamar PAS". Katanya lagi "Anak saya tidak mahu pulang kerana yang bertanding bukannya Ulamak, tetapi kontraktor yang hanya mencari keuntungan".kata seorang ahli PAS kepada Black dan tidak mahu namanya dinyatakan. Ayat tersebut telah dialihkan dari bahasa Kelantan kepada bahasa yang mudah difahami oleh semua masyarakat. Ini membuktikan bahawa pengundi Pengkalan Kubor tidak kisah hari apa pun pengundian dilakukan. Yang kecoh sangat adalah Mat Sabu. Dia bukannya pengundi Pengkalan Kubor pun.

No comments:

Post a Comment