Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 17 December 2014

Roland Chia Kecewa dengan @anwaribrahim - ChegucBard

ADUN PKR DUN N13 INANAM, SABAH telah meletak jawatan atas alasan kesihatan. Realitinya, Dr. Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat kepada YB Azmin Ali. Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian apabila Anwar Ibrahim telah melantik Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan. Beliau juga melihat bhw PKR Sabah semakin dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. Tindakan beliau mengumumkan akan meletak jawatan dipercayai kerana mengharapkan Azmin Ali sendiri akan melantik beliau sbg "Board Director" #grp dlm syarikat milik Kerajaan Selangor. Tapi sehingga kini Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sendiri seolah-olah meminggirkan segala pengorbanan beliau dan sibuk memberi segala kemudahan kpd Lajim Ukin yang baru menyertai PKR apabila tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Lajim Ukin juga menggunakan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah untuk terus mengumpul kekayaan melalui projek-projek di Selangor, Pulau Pinang dan Selangor. Inilah yang semakin menimbulkan kekecewaan kepada ADUN PKR ini.

CheGu Bard
Pengerusi SAMM

No comments:

Post a Comment